Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017


KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA, GEMENCHEH

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk membantu melahirkan generasi yang celik IT dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna internet di Malaysia tentang kebaikan dan keburukan internet disamping langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya jenayah siber....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M

Aktiviti Terkini | 09 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING BERSAMA MURID TABIKA KEMAS, KG TENAI

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2017

Program ini memberi pendedahan pembelajaran melalui kemudahan komputer yang disediakan dan teknik pembelajaran secara interaktif....baca selanjutnya

PROGRAM ZOOM A BERSAMA PELAJAR TAHUN 6

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Aktiviti yang dijalankan ialah Zoom A. Zoom A merupakan program pembelajaran secara interaktif melalui Internet. Program pembelajaran yang dirancang rapi, bersistematik, efisien, dan efektif ini adalah antara pembelajaran interaktif...baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT KAD RAYA BERSAMA MURID TABIKA KEMAS, KAMPUNG TENAI, GEMENCHEH

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Tujuan utama program ini dijalankan untuk membantu perkembangan kognitif murid secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi membuat kad raya secara manual. Selain nilai istimewa dan budaya kad raya itu tidak terhakis walaupun masyarakat semakin beralih kepada ICT....baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING BERSAMA MURID PRA-SEKOLAH (SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, GEMENCHEH)

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2017

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya internet di dalam pendidikan. Selain itu, memberikan peluang kepada murid Pra-Sekolah mengetahui mengenai teknologi dan internet sejak kecil lagi....baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti